Sunday, 6 November 2011
Qurban & Aqiqah Pemuda Kluang
Program Qurban & Aqiqah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang telah berlangsung pada 6 November 2011 bertempat di Surau Al-Ghaffur Kluang. Dengan penyertaan lebih 80 peserta (bahagian qurban) program rutin tahunan ini mendapat sambutan yang sungguh meriah. Masyarakat setempat berpeluang untuk menyaksikan sendiri ibadah qurban dijalankan.
Program ini dijalankan selepas Solat Sunat Aidiladha kira-kira jam 10 pagi. Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat; menyembelih dan mengagihkan daging.
Bahagian-bahagian qurban & aqiqah ini diagihkan mengikut ketetapan dan kepada yang memerlukan.
Kategori:
Biro Agama,
Biro Kebajikan,
Informasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment