Monday, 25 June 2012

MIC Guna Media Sosial Dekati Generasi Muda India

KLUANG - MIC akan menggunakan saluran media sosial secara aktif bagi menarik minat dan mendekati generasi muda kaum India untuk menyertai parti berkenaan.

Presiden MIC, G Palanivel berkata, buat masa ini, MIC akan meningkatkan antara enam hingga tujuh peratus capaian generasi muda terhadap parti tersebut menerusi penggunaan media sosial itu nanti.

“MIC kini di dalam proses untuk menyediakan saluran media sosial menerusi laman web rasmi kita supaya generasi muda dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan parti,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-35 Persatuan Hindu Sanggam Malaysia  di Dewan Persatuan India Kluang, Jalan Mengkibol, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Palanivel berkata, MIC juga masih dalam proses untuk memuktamadkan senarai calon parti berkenaan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sumber : Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment