Friday, 7 December 2012

Bukti Cinta Pemandu Teksi Kepada BN

KLUANG - Persatuan Pemandu Teksi Daerah Kluang bersedia menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan menerusi program transformasi yang dijalankan Barisan Nasional (BN).

Menurut Pengerusi Persatuan Pemandu Melayu daerah Kluang, Mustakim Jalil, bagi menyokong segala transformasi yang dijalankan kerajaan, ahli-ahli dalam persatuannya bersetuju meletakkan pelekat lambang 1Malaysia dan 1BN di teksi dan kereta sewa masing-masing.

“Tindakan yang dilakukan oleh kami ini turut diikuti Persatuan Kereta Sewa Pakatan yang mana mereka semua bergabung untuk menjayakan program tersebut.

Friday, 30 November 2012

Daftar Pemilih

Sudahkah anda mendaftarkan diri sebagai PEMILIH (PENGUNDI UNTUK PILIHANRAYA)? Jika belum, laksanakanlah tanggaungjawab anda untuk mendaftar sebagai hak rakyat Malaysia. Anda juga boleh membuat semakan disini
Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:
  • datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran
  • serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda
  • semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan
  • menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  • dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti

Wednesday, 28 November 2012

Wakil Pemuda Harap Usul Perkuat Semangat

KUALA LUMPUR - Perwakilan Pergerakan Pemuda Malaysia berharap Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 akan menyuntik semangat semua ahli menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).Ketua Pemuda Bahagian Kluang, Johor, Md Norhalim Md Amin berkata, perhimpunan  kali ini bakal menyaksikan banyak usul yang akan menaikkan semangat khususnya kepada sayap Pemuda.

Menurutnya, usul yang akan dibahaskan bakal menjadi aspirasi dan seterusnya memberi amaran PRU13 adalah penentuan segala-galanya.

“Di Kluang sudah ada 35,000 pengundi daripada kalangan pemuda. Jadi jumlah itu pastinya akan bertambah apabila mendengar amanat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya yang ditemui ketika pendaftaran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Friday, 26 October 2012

Program Qurban & Aqiqah Pemuda UMNO Kluang


Program Tahunan Qurban & Aqiqah Pergerakan Pemuda UMNO Kluang telah dijalankan dengan jayanya. Sebanyak 16 ekor lembu telah tumbang & diagihkan kepada masyarakat setempat. Program ini disempurnakan oleh Ketua Pemuda, Sdr Md Norhalim Md Amin. Semoga program ini dapat diteruskan tradisinya dimasa akan datang.